Saturday, July 26, 2008

Cara Membuat Kompang


Kompang adalah merupakan permainan alat muzik tradisional masyarakat melayu. Kompang ataupun membranophone dimainkan oleh masyarakat melayu dalam majlis-majlis atau acara-acara tertentu. Ia diperbuat daripada sekeping kulit (lembu atau kambing) yang dilekatkan menggunakan paku pada kayu yang telah dibentuk dalam bentuk bulat. Gambar di atas menunjukkan sebuah kompang yang telah siap.


Pembikinan kompang bermula dengan pemilihan kayu yang akan dibentuk menjadi bingkai kompang. Pemilihan kayu adalah berdasarkan ketahanan dan kelasakan kayu itu sendiri. Ini adalah penting untuk menjamin agar kompang yang dihasilkan adalah tahan lama dan berkualiti. Pembentukan bingkai kompang pada masa kini telah menjadi lebih mudah dengan terhasilnya mesin "lathe" yang digunakan untuk membentuk bingkai .


Proses pertama pembuatan bingkai kompang ialah dengan memotong kayu yang telah dipilih. Pada peringkat ini, kayu tersebut dipotong mengikut anggaran kasar saiz kompang yang dikehendaki. Proses pemotongannya tidak memerlukan ketelitian yang lebih kerana apa yang dikehendaki adalah bentuk bulat yang diperlukan untuk membentuk bingkai. Walaubagaimanapun, setiap kerja mestilah dilakukan bersungguh-sungguh.
Proses yang kedua adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menghimpunkan kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering. Sebelum proses ini, kayu-kayu tersebut terlebih dahulu disapukan dengan lilin untuk memelihara kekuatan kayu. Kayu-kayu yang dijemur akan kering dalam jangkamasa tiga hingga lima bulan - bergantung kepada cuaca persekitaran. Selepas kayu-kayu tersebut kering (gambar), proses akhir untuk membuat bingkai akan dilakukan dengan menggunakan mesin "lathe" yang akan membentuk bingkai.

Mesin Lathe digunakanuntuk mengukir bingkai kompang. Penggunaan mesin ini telah memudahkan proses membuat kompang pada masa kini berbanding pada masa dahulu. Disamping memudahkan, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Contoh pembentukan bingkai :


No comments: